setelah 3 bulan di rumah, and tak keluar berjalan-jalan cuci mata, akhirnya dapat jugak jejak kaki kat shopping mall. dah macam duduk kat kampung mana entah lah aku nih sampai 3 bulan tak jejak shopping mall. bukan apa, masa kat umah, kan ke busy praktikal. so weekend tuh kalau boleh nak duduk rumah jer tak pergi mana-mana. nak rehat jer. nak spend masa dengan family depan tv jer. kalau ada keluar dengan member pun 2 kali jer. sekali tuh dorang cilok bawak pergi lunch masa lunch hour, another tuh masa mini reunion dinner makan seafood yang ditaja oleh 2 orang yang telah berduit. hihihihihihihi.
so, Selasa lepas, lepas jumpa SV untuk thesis ktorg, aku, asiah dengan alia gerak ke KLCC. tujuan utama adalah ke outlet SWATCH sebab nak repair jam kakak asiah yang still under warranty. perghhhhh. fadan ler mahal SWATCH nih kan, bukan SWATCH jer lah, jam jenama mahal laen-laen pun sama kot. rosak jer and still under warranty, terus ganti dengan yang baru. hohohohohoho. berbaloi-baloi. on the way nak ke outlet SWATCH tuh, nampak ramai giler orang dekat main concourse tuh. rupanya ada Estee Lauder Model Search Final. aku dahlah pendek, nak menjongkit sikit punya payah sebab still tak nampak. huhuhuhuhu.
lepas repair jam tuh, kami pergi solat Asar dulu. lepas tuh pergi serang food court level 2 tuh sebab nak makan teppanyaki yang sedap. hehehehhe. gambar lupa nak amik. lapar sangat :P lepas makan-makan, plan nak balik terus jer. tapi tetiba rasa nak tengok model search tuh. lepak jap kat level tuh tengok dari ctuh jer. tiba-tiba dengar nama Noryn Aziz disebut. dia buat performance~ aiseh mannnnn~! aku minat giler kot dengan Noryn Aziz. sebab suara dia sedap sangat. so bermulalah acara cubaan mengambil gambar guna hp cikai dari jarak jauh. hasilnyaaaaaaaaaaaa............
cubaan pertama....
cubaan kedua...
Noryn on the way ke main stage..
cubaan ketiga...
main stage...
tak nampak wuuuuuwww :'(
dah puas tengok kat 2nd level tuh, ktorg pun turun ke LG kot tempat stage tuh. nak balik, sebelum tuh nak singgah ke RotiBoy dulu. sebelum gerak tuh try lah usha lagi dari aras ctuh. sama jer hasilnya. photoG siap bawak tangga kecik tuh. dahlah ramai pulak tuh photoG. mana lah aku yang pendek nih dapat tengok. tengok sipi-sipi jer kot.
dengan putus harapan, sebab tak dapat nak tengok Noryn Aziz dekat-dekat, aku pon pasrah jer lah and pergilah ke RotiBoy sebelum nak balik. sekali kau!! hujan lebat giler. tak dapat nak rempuh pergi bus stand tuh. terpaksa lah tangguh nak balik. Maghrib jer lah kat KLCC tuh. on the way ke surau tuh, tiba-tiba jer, Alia cakap, sambil tunjuk-tunjuk kat satu arah. dia cakap ada Noryn Aziz. aku pon dengan laju nya menoleh. Aah!! Noryn Aziz. masa tuh ada sorang tengah ambik gambar dengan dia. lepas tuh aku approach dia nak mintak ambik gambar sekali.
OMG~! cantik giler ok kulit dia dekat-dekat. licin gilerrrrr~ huhuhuhuhuhuhuhu. dahlah cakap lembut giler. huhuhuhu. asik dok cakap kat aku "sorry sayang, kak Noryn berpeluh cikit nih, baru lepas show" terus dia peluk. hihihihihihi. sukeeeee~ hasilnyaaaaa....
dapat!!! yay!!
tengoklah muka aku tuh. ntah apa-apa jer. Alia lah nih. dia amik gambar lama giler ok. sampai seminit aku senyum lebar macam Noryn Aziz tuh, pun dia tak siap snap lagi. sampai aku tengah ketap gigi pun aku tanya dia dah ke belom. sekali ini hasilnya. takpelah. janji ada. hihihihihi. thanks Alia. kalau tak kerana Alia, takde aku perasan Noryn ada kat tepi tuh. hohohohohoho. dahlah serabai jer aku tuh. iskkk. ntah papa jer. hahahahhahahah. kalau aku tau, sebelum pergi jumpa SV tuh aku tukar pakai elok sket. hahahahahha. nih dengan baju kurung nya. hihihihiihihi. macam orang balik kerja jer :P
berbunga-bunga hati lepas ambik gambar tuh. baek betul Noryn Aziz. tak sombong. lepas tuh pergi surau terus and lepas solat semua terus balik. dah lemau dah. tak larat dah badan penat sangat. kalau semua anggota badan nih boleh cabut and repair-repair, dah lama aku repair. penat giler rasa nak tercabut semua. huhuhuhhuuu. tak pun kalau semua anggota badan aku nih boleh bercakap, aku rasa aku dah kena maki kaw-kaw sampai terduduk nanges kot. hohohohohoh. exaggerate giler kan :P
oklah. so far itu jer lah yang berlaku dalam hidup aku seminggu aku di KL nih. hoohohohohoho. :D klah. banyak kerja nak buat nih. daaaaaaa~
p/s: nih auto-published tau.
p/s/s: eeeeeeee. geram tau dengan orang yang tengah kita reply sms dia, terus senyap jer. ingat tido. tau-tau dekat FB dia aktif jer berkomen-komen. geram lah! kalau tertido takpe gak. len kali nak buat macam tuh jugak lah. fair and square. asik kita jer kena.
3 comments:
waaa...ain dpt snap pic ngan artis...best2
bagus2...jika ke klcc, mmg kne bawak camera ye hanak2...jgn snap pic pakai camera hp mcm saye... hheheheheehe;p
cantek ah die kan..handbeg pn cantekkk~
kak intan:
hehehhehee...sebab Noryn Aziz, best lah...kalau artis lain belum tentu nak usaha lebih amik gambar :P CT ye kot...hiksss
kak fana:
takda kamera la hakak~ aah, sangat chantekkkk...glowing ok make up dia..hehehehe....ain tak perasan kot hbang dia...lepas amik gmbr and tgk balik baru perasan :D
Post a Comment