Wednesday, July 7, 2010

Truely Madly Deeply.........

ermmmmmmmmm. tiba-tiba jer aku macam rajin semacam. biasalah kalau hati aku terasa oleh siapa-siapa kan aku mesti nak tulis blog. hehehehehhe. takkan lah tiap kali sakit hati baru nak tulis blog kan? kering jiwa aku kalau macam tuh. by the way, mulai hari nih aku macam nak tulis lah blog dalam keadaan entry aku nh ejaan dia penuh-penuh takde lah shortform mengarut-ngarut. tapi aku tak rasa setakat nih ada lagi shortform mengarut-mengarut sampai vokal dalam setiap perkataan pun hilang. hihihihihihihihihi.

oh. sebelum aku nak tulis apa-apa yang tak berkaitan ngan jiwa dan perasaan nih, aku nak luahkan dulu ape yang ada dalam hati nih. baru rasa puas. tak ke itu satu cara nak luahkan perasaan, melalui blog. heh. blog aku, perlu ke nak tanya-tanya orang. herrrrrrgggghhhh!! nih aku nak luah la apa yang buat aku terasa hati. either aku terlebih emo sebab PMS (takde lain selain menyalahkan PMS) atau memang patut pun aku terasa hati? tak lah. bukan apa. aku kadang-kadang penat juga lah kan. penat menjaga hati orang tapi orang tuh kadang-kadang macam buat tak endah jer kat aku. hoihhhhhhhhhh. sakit hati ok.

cuba lah kau bayangkan, kau tengah-tengah sms dia, then kau nak buat something contohnya pergi memasak ke, mandi ke, makan ke, mesti kau akan minta diri dulu kan walaupun kadang-kadang kau tak cakap sebab apa (melainkan kau nak melepas hajat, kadang-kadang dah tak tahan sangat kan) tapi at least kau bagi lah tahu kan kau nak minta diri? tapi cuba pula kau bayangkan kalau tengah-tengah kau sms dia, tiba-tiba hilang macam tuh jer. 2 3 jam lepas tuh baru muncul balik. kau tak rasa hangin ke? kira kau tunggu lah orang tuh reply sampai naik give up, dah kau give up and tak layan phone, or macam tak hiraukan dah phone pergi layan TV ke games ke, tiba-tiba dia sms, kau tak reply, dia call pula cakap kau kat mana, kau tak rasa geram ke? yelah, kau sendiri pun tak call bila dia tiba-tiba senyap tapi dia pulak call bila kau senyap.

aku bukan nak cari gaduh ke apa ke. serious, gaduh adalah penat sangat-sangat. buang masa kau gaduh lagi-lagi dalam sms ke kan or ym ke, gaduh siap explain panjang berjela-jela tiba-tiba pula masuk kisah silam diungkit lah apa lah padahal gaduh pasal lain tiba-tiba kisah silam muncul. sudahlah bila gaduh tuh adrenalin rush kau tau?? tiba-tiba otak ligat berfikir dan tangan laju menaip tak kira on phone atau dekat lappy, 2 jam bergaduh bertekak taip mcm nak tercabut button keyboard, lepas tuh 4 5 jam lepas tuh ok balik. tak ke penat?? serious, gaduh adalah memenatkan dan bukannya menyelesaikan masalah pun. iskkkkk!

ok aku nak bagi tahu lah kan aku nih jenis macam mana kalau-kalau aku dalam relationship lah kan. aku nih bukan jenis cemburu buta or cemburu macam mana lah term dia. tapi bila aku yang tak jeles nh kau pergi api-apikan lagi, aku terus lah jadi jealous. actually bukan jealous, tapi geram, marah ok. macam kau jolok sarang tebuan lah. elok jer sarang tuh atas kepala kau, tebuan tuh tak kacau kau pun, tapi kau geram tengok tebuan tuh (apa motif nak geram pun aku tak sure), kau pun jolok lah dengan riang ria raya kan. kau ingat tebuan tuh pun akan riang ria raya ke? aku rasa tebuan tuh terus masuk mood world war II, kau tau?? or kau pergi simbah api yang kecik dengan minyak gas/petrol. kau ingat padam ke api tuh? confirm kau kena sambar balik ngan dia. kan? macam tuh lah aku. aku tak suka nak gaduh nak marah-marah. so not me ok. aku nih tak suka marah-marah sebab aku akan rasa bersalah gila the moment perasaan marah aku tuh reda. so aku tak sesuai marah. sila lah jangan buat aku marah. sebab aku tak suka rasa menyesal. eyh, semua orang tak suka kan rasa menyesal.

ok itu satu. satu lagi nih, aku tak kisah lah kalau aku punya partner, heh bukan partner lah, couple lah konon, tak bagi tahu dia nak pergi mana. tapi at least dia cakap dia keluar pun aku dah ok. kau nak pergi keluar dating dengan orang lain pun lantak kau lah kan. janji kau cakap kau keluar. jangan lah biar aku macam tertunggu-tunggu (aku pun tak sure kenapa aku nak tertunggu-tunggu, terbiasa kot, loser betul rasa) sampai tertido-tido. kejam ok. yelah, kadang-kadang tuh tak perlulah hari-hari nak call ke sms ke. tapi at least cakap jer lah keluar ke busy ke. takda lah risau sangat kan. tapi aku rasa kalau aku senyap seminggu or sebulan pon bukan orang kisah mana kan. hohohohohoo. dulu suka betul aku bila dia cakap mana dia nak pergi, so at least aku tak risau lah kat dia. tapi sekarang susah betul nak tau dia tuh ada di rumah atau keluar. dia terlalu banyak senyap. aku pulak takde lah nak hegeh-hegeh call berkali-kali ke sms berkali-kali kot-kot dia memang busy kan. kadang-kadang tunggu jer lah dia cakap dia pergi mana. haruslah aku terasa sikit kan. yelah, 2 3 hari lepas tuh baru aku dapat tau. terkilan sikit lah. kalau dulu macam-macam jer share. eyh, tengok, keluar pulak masa silam. tak patut tak patut.

kesimpulan nya, aku cuma terkilan lah kadang-kadang sebab aku terasa sikit bila aku hanya tau pasal dia dari orang lain or cara lain. macam skodeng orang jer aku rasa. macam aku tak kenal pula kan. itu jer lah. ok, aku dah lega dah. entry next nih insyaAllah takda dah luahan perasaan macam nih. hehehehhehe.

No comments: