Monday, April 4, 2011

Miracle!

Siapa kata dah tak ada keajaiban kat dunia nih??

Hehehhehehhehehhe. 

Sangat happy ok sebab nya deadline untuk hantar draf thesis ke examiner dah dipanjangkan sampai ke Khamis nih. Berbaloi-baloi aku tak tido semalaman malam tadi. Hehehehehhehe.

Aku stay up daripada malam semalam sampai lah pukul 11am tadi. Nak buat thesis, edit bagi puas hati katanya. Sekali pagi-pagi pukul 8am tuh roomate aku masuk bilik cakap SV dia call, cakap yang nak extend tarikh hantar tuh. Tapi tak confirm sebab lecturer yang uruskan pasal thesis tuh tak reply lagi SMS dia. Sekali dalam 30mins lepas tuh, dapat berita confirm (!!) tukar. Terus hati rasa bunga-bunga. Hikkkks.

Bukan apa, tak seronok lah buat kerja cukup syarat nih. Mestilah nak buat yang terbaik kan. Dahlah aku dapat data seminggu before presentation hasil, terkapai-kapai mintak nyawa aku nak buat analisis statistik. Lepas tuh sebok dengan nak presentation hasil nya lagi. Lepas presentation hasil sambung lagi terkapai-kapai nak siapkan Bab Hasil dalam writing. Tuh pun dah sekian-sekian dok cek balik statistik.

Dah tuh nak buat bab 5 lagi. Kena baca banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkk journals lagi. Memang tak sempat lah aku nak bernafas pun. Huk3. Dah 3 4 minggu dah tak tido malam. Semua pun tido lepas Subuh. Hadoilaaaaaa.

Sekarang kerja dah nak siap, tinggal semakan terakhir sebelum mintak SV check. Fuhhhhhhh.

Thank You Allah. Alhamdulillah. Memang keajaiban dunia lah. Dengan kes minggu lepas kecoh kena bambu bagai. Ada hikmah jugak :)

Oklah, nak sambung buat kerja. Semangat kena lebih nih! Nanti lepas abis writing, ada masa tuh, aku upload gambar dinner. Tuh pun aku cilok dari FB coursemates aku. Mak tak ada camera uollssssssss!!

Babai!!!

p/s: Tak benci Isnin dah, tetiba rasa Isnin nih best! Hahahahhahahah :D

No comments: