Thursday, March 31, 2011

Malaysian Students in Europe: Screaming out for you guys!

Sticky post for I-dont-know-how-long-which-is-up-to-me. Latest post scroll down ok? Scroll scroll scroll your mouse *nyanyi macam London Bridge*

This is regarding kinda Malaysian students' gathering lah.

I am doing a favor here for a friend. So I am calling out you guys, untuk check out this website.

TheProbablyMostHappeningGatheringEver

Before you go there, a bit of information lah ye. Nanti you guys kan check out more dekat website tuh.

Nih adalah aktiviti khas untuk student Malaysia dekat EUROPE.

As long as you guys belajar dekat dalam benua bernama EUROPE, boleh lah join.

Ajak ramai-ramai kawan-kawan Malaysia semua.

Nih kira macam gathering jugak lah for students in EUROPE.

If lah you guys plan nak pergi holiday mana-mana in end of April kan, so, sila check out the website mentioned above. Mana tau berbaloi-baloi holiday this time kan.

Yang mana minat kat TILU, HUJAN and MISZ NINA tuh, dorang pun akan join jugak aktiviti nih. Heheheheh.

Tak payah susah-susah fikir pasal tempat tinggal ke makan ke, The Organizer akan sediakan. Korang perlu sedia duit sikit jer. Makanan halal pun dorang boleh sediakan.

Anyhoo, please do check it out ok?

Bila lagi kan korang nak gather ramai-ramai satu EUROPE kan? Hiksss.

Aku yang dekat cnih pun rasa macam exciting jer benda tuh.

Watch HIMYM? Ada Barney's all time favourite game, LASER TAG! Hahahaha. OK, am a spoiler. :P

So, apa lagi, cek lah website atas tuh!! *scroll atas balik please*

Ada pertanyaan? Sila click FB page nih : G-Games

p/s: If ada any question, boleh lah contact organiser dekat FB GG aku letak atas nih :)

Melaka Trip

Penatnya hari nih.

6am dah keluar rumah. Balik umah kul 7pm. Memang habis masa dalam bas jer ari nih.

Satu hari nih dekat Melaka. 

Petronas Refinery (Melaka). Seronok lah jugak dengar talk pasal benda yang kita suka. Heheheheheh. Entahlah, aku nih kalau bercakap pasal risk assessment nih, suka benar. Even pasal EIA pun aku suka. Sebab tuh aku suka kelas Toxicology, tapi aku tak suka exam. Hahahhahahahah. And aku suka subjek yang deal ngan risk assessment nih. 

Alhamdulillah, dapat banyak souvenir dari pihak Petronas Melaka. Satu sebab jawab soalan, satu memang sorang satu kitorang dapat, and satu lagi special aku sorang dapat. Bila tanya kenapa bagi aku, akak tuh cakap sebab aku outstanding dalam talk hari nih, rajin jawab soalan. Ye ye jer. Cakap jer lah aku comel. Agagaggagagagag *gelak syaiton*

Sekarang kembali kepada writing thesis. Lepas nih confirm sangat kena buat report trip hari nih. Adoiyai. Nih yang aku malas bab formality nih. Kalau pergi takat dengar talk and dapat ilmu jer takpa, kena buat report nih  yang jadi malas nih. Hohohohoho.

Agak-agak, kalau mintak kerja dekat Petronas tuh aci tak? Sorang penceramah tuh dah suka aku dah. Balik-balik nama aku jer kena panggil. *perasan* Tadi dorang cakap, sekarang Petronas Melaka dah short 50 employees, sebab ramai dah blah lepas dah gaji besar-besar, mesti offer company lain besar tuh. Huhuhuhuhuhu. 

Oklah, saja jer update. Bosan mengadap writing thesis tak sudah nih. Huhuhuhu. Nak tido kejap lah. Malam karang nak sambung writing. Badan penat sangat, rasa nak demam dah nih.

K, babai!!

p/s: Kadang-kadang, senyap itu lebih baik. Aku rasa, kena tau dah bila patut back off dari hidup seseorang tuh. Penat lah. 

Wednesday, March 30, 2011

Canon EOS 550d for sale!!

Sticky post ok. Scroll down for new entry.

Aku hampir lupa pasal benda nih okkkk!!! Ya Rabbi!! Nih cousin aku mintak tolong nih. Sorry Miela, dikit gik kamek lupak!

Oh, before proceed, aku nak tekankan, si penjual nih prefer buyer dari Kuching. Aku tak sure about buyer dari tempat selain Kuching. Maybe boleh discuss lah kot dengan si penjual. 

Aku tak dapat banyak info pasal nih, cuma aku boleh tolong inform pasal nih jer lah.

Apa boleh aku bagi tahu:

1. Dia nak jual dengan harga RM2600. Nih termasuk semua. Memory card, body and lens sekali. Aku rasa standard lah kot kit dengan lens EF 18-55 tuh.

2. Tapi kalau korang nak beg dia sekali, dia jual semua tuh RM2700.

3. Baru 4 bulan jer dia pakai. So condition baik lagi. Tiptop punya. Tak pernah jatuh ke apa. Sebab dia jarang sempat pakai.

4. Other than those mentioned, aku tak sure kalau dia bagi skali accessories macam cleaning kit ke apa kan.

5. Dia prefer cash. Err, kalau bank-in tuh tak sure, boleh kottt.

Dia nak jual before hujung bulan Mac nih.

Anyways, kalau berminat, boleh lah contact si penjual dekat email nih:

fa_syar[at]yahoo[dot]com


Apa-apa hal, contact aku jer pun ok, nanti aku divert kan ke cousin aku. Ngeh3.

Ok, babai!

p/s: Pakei orang di Kuching, mun maok, boleh terus contact si penjual. Rasa kamek boleh dapat terus. Asal nyedia cash cukup jak. Hehehehhe :D

Ambik kesempatan

Hmmmmm.

Pernah rasa macam nak bercakap macam-macam benda tapi tak tau nak start from where? Nih lah yang aku rasa these past few days. Asyik lah dok tekan button New Post, tapi sampai ke sudah, kosong jer tak type apa. Tau-tau, nak tutup laptop dah. Haihhhhhh.

Nak kata terlampau busy dengan thesis writing, still aku ada masa jugak barang sejam dua golek-golek sambil layan movie. Tuh pun lepas dah stress sangat menaip. Tak pun stress sebab tenet bongok sangat sampai nak download journal pun tak lepas. Dah kalau download journal tak lepas, apetah lagi nak melayan online tv ke apa kan, worst of all, tak dapat nak download Gossip Girl dengan HIMYM. Benci!!!!!!! dah 2 3 minggu ok tak download apa-apa, ke dekat sebulan. :(

Ermmm. Tarikh viva thesis dah keluar dah. Exam pun dah. Huhuhuhu. Exam on 11th and 13 of April, viva pulak tak sure turn aku bila tapi on 14 and 15th April. Lepas viva, huha huha betulkan tesis, jilidkan and antar, then boleh balik rumahhhhh!!!! 

Lamanya tak balik! Last raya puasa tahun lepas. Huhuhuhu. Bulan berapa tuh eyh? Sept kan? 7 bulan dah tak  balik. Huuwwwww. Sama taraf ngan budak blaja oversea ada jugak. Huk huk huk.

Now rasa sangat nervous sebab makin nak habis nih, makin ligat otak fikir pasal kerja. Kalau dulu, duit ptptn ada, sekarang dah habis blaja takkan masih nak harap mak bapak kan. Huhuhuhuhu. Kena kerja ASAP!! Huaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Anyways, ari tuh baca blog theblabber. Macam biasa, dia kan selalu jer bebel-bebel macam-macam, and salah satu tuh pasal jaga hati orang. Betul sangat dia cakap. Buat apa nak jaga hati orang, kalau orang tak jaga hati kita. Bak kata dia,

"You come and go into my live whenever you like, as if I don't matter at all"

Yelah, ada orang tuh, dia muncul dalam hidup kita nih kejap jer. Which is masa dia susah ke, takda teman ke, tapi bila dia senang, dia pun tinggalkan jer kita macam tuh jer. Susah kan ada kawan macam nih? Senang-senang jer nak lupakan siapa-siapa. Dah bosan dengan kita, tinggalkan, carik orang lain, after a while, datang balik, tuh pun masa dia tengah ada problem lah kan. Time senang jangan harap lah kan.

Orang macam nih suka amik kesempatan eyh? Sebab tau orang macam aku nih baik dengan kawan, so, layan aku macam nih? No matter how much we love someone, eventually akan naik menyampah jugak kalau dibuat macam nih selalu. Tak gitu? Jangan sampai aku dah taknak layan kau langsung, taknak kawan dengan kau. Jangan pulak masa tuh kau cakap aku tak ingat kawan. Senang-senang lupakan kawan. Dan2 tuh jugak kau ungkit kisah lama. JANGAN ok. 

Alasan busy? Semua orang busy baiiii, tapi takdalah sampai lupa kawan. Kalau kau ada masa nak stalk blog aku, takda pulak masa kau nak tanya khabar? Suka eyh jadi stalker? Takpa2, nanti aku privatekan blog aku, biar padan muka. Tunggu aku SMS dulu? Maaf baiii, aku dah serik, sebab berapa kali aku SMS dulu, kau tetap bolayan. Terima kasih atas layanan anda. 

Aku rasa, bela kucing lagi berbaloi dari ada kawan macam chipsmore nih. At least kucing nih ada jer dengan kita. Kawan macam nih? Muncul masa dia susah and takda tempat meluahkan masalah jer. Aku nih dah layak jadi dinding bangunan tak siap. Tau camna? Tempat orang conteng2 lepaskan amarah ke, lepaskan bakat ke. Tempat kencing pun ye. 

Kau tunggulah one day kau jumpa orang yang layan kau macam kau layan aku. Baru kau rasa betapa sakitnya hati dibuat macam nih. Orang datang kat kau bila ada masalah jer, bila senang, kau pun jadi sorang-sorang. 

Mintak maaf lah, aku tak selamanya ada untuk kau amik kesempatan. Selamat aku masih kat KL jer, tunggu aku balik Kuching nanti, kau pun tak dengar khabar aku dah kot. Masa tuh jangan nak tercarik-carik aku.

Weyh, panjang jadinya aku membebel.

Aku geram ngan someone jer nih sebenarnya. Takpa, dah luahkan, lega sikit. Aku tau dia baca. Awak, dah-dah lah layan orang macam nih. Ke nak tunggu awak sendiri patah hati baru nak tergadah? 

Eyh, buang masa aku bagi pesanan kat orang macam nih. Alih-alih sama jer.

Klah, aku nak tido. Lepas nih, aku taknak jaga hati orang dah. Aku pedulik apa dia nak marah ke terasa ke bila baca nih. Sedar sikit. Turunkan sikit ego tuh. Dah mengalahkan gunung kinabalu dah tingginya. Balik-balik kena jaga hati dia. Balik-balik, kena faham dia. Abes, aku nih siapa nak faham? Kucing? Beruk? Entah apa-apa jer. 

Babai!

p/s: Lagi tak sabar nak balik Kuching. Nampaknya boleh balik ujung bulan 4. Hoyeah! heheheheh.

Friday, March 25, 2011

Fuhhh.

Aku tak sure hormon apakah yang ada dalam badan aku sampai aku segar bugar lagi.

Bukan takat segar bugar, aku siap boleh mandi pukul 3am. 

Apa mimpi entah. Yang penting aku tak tido lagi nih.

Tak boleh nak tido. Banyak sangat benda yang ada dalam kepala otak aku nih. Haihhhhhhh.

Oh, yang penting, pepagi buta dah pungpangpungpang kat dapur dengan housemate sorang lagi sebab dapur banjir. Freezer kitorang nih dah ala-ala kutub utara. Tinggal sipi jer lagi nak tutup. Sejak dua menjak nih terabai freezer sebab semua sebok dengan kerja tesis tuh. So, tadi petang defrost, lepas tuh semua lupa, sekali lepas aku mandi tadi, lalu kat ctuh, banjir betul lah hai.

Maka operasi memecahkan air pun berlaku. Apa gila pepagi buta ngetuk ais. T___T

Lagi satu, lepas setel clearkan freezer, kupas mangga, and makan sambil layan Glee Season 1 balik. Bahahahha. Mangga lemak tuh yang sangat manis melampau-lampau. Murah pulak tuh. Fuhhhhh.

Oklah, aku tak tau nak cerita apa. Cuma aku boring gila. Sebab tuh aku update jugak blog. Plus, aku tak sure apa benda yang buat aku berfikir banyak sangat. Kalau tesis semata-mata, aku rasa aku dah lama siap tesis dah, yelah, sebab dok mikir jer kan.

Aku nak try tido. Esok career fair dekat PWTC. Sapa pergi? :)

Babai!

p/s: Orang yang sayang kita, akan sentiasa ada untuk kita bila kita memerlukan. I thought if we treat people in a good way, they'll turn out to treat us as good though. Tapi maybe tak semua. Ada yang mengambil kesempatan. I guess I am just too naive, terlalu lembut. Haihhhh. My bad. Sedeyh jer :(

Wednesday, March 23, 2011

Of the living and the dead

First of all, ada 2 cerita nak bagi tau. A good news and a bad one. 

The good news is my lil bro dapat 11A's for his SPM. Congrats dear! Paling best, company ayah nih reward RM50 per A, minimum result 6A, untuk anak staf. Jeles gila! Masa aku dulu Ayah tak kerja ctuh lagi. Cissss! Melepas!!

Kakak dia yang gabra sepanjang malam. Tak boleh blah asik dok fikir camna result adik kan. He did well, good for him. Scored like the rest of his elder bros and me. Alhamdulillah.

Of the bad ones.

Tadi pukul sebelas lebih dapat call dari my dad. Ingatkan apa hal lah dia call banyak kali in an hour kan. Selain nak bg tau result SPM adik tuh.

Rupanya my grandaunt, elder sister of my grandma had passed away. Slightly a few minutes before my dad call. Dalam 30minutes after my lil bro dapat result dia. Around 11am-ish. Dia takda family sendiri, which means anak-anak and cucu-cucu adik dia adalah family dia. So memang dia duduk satu rumah dengan my grandma dari dulu sampai sekarang.

It's kinda shock. I am stunned. Tak tau nak react macam mana. The last time I saw her masa raya aidilfitri tahun lepas. She was still strong at that time, except since dia jatuh dulu, dia pakai tongkat yang 4 kaki tuh untuk berjalan. 

Seriously, rasa sangat terkejut. Rasa macam nak balik kampung and see her face for the last time. Dia selalu senyum-senyum kat aku bila aku balik kampung. Aku kan jarang balik kampung. Selalu balik pun kalau ada cuti panjang and hari raya. So tiap kali balik, dia excited sangat. Berebut-rebut dia nak kitaorang salam dia jugak. Cute. And now she's gone. Forever. 

Dia selalu duduk dekat satu kerusi tuh and that was her spot untuk tengok tv. Takda orang kacau tempat dia tuh. Dia bukan jenis bercakap sangat unless dia nak tanya apa-apa jer lah.

OMG! Memang akan rasa lain sangat lah the next time dia balik. Kesian dia. I called my cousin dekat Sibu nak tanya macam-macam lah. I mean, aku tak tau pun dia sakit sampai macam tuh sekali. Aku ingat dia cuma tak boleh jalan sangat. Then my cousin told me dia dah sakit for 2 weeks. Terlantar tak boleh bangun. On diapers semua. Dulu selalu berebut toilet dengan dia. Dia jenis bangun awal gila untuk mandi. Tiap hari dia lah dulu masuk toilet. Sekarang dah takda rebut-rebut dah. Huuuuuw. Sad!!!!

And my cousin bagi tau, malam tadi lah paling teruk. Dia muntah-muntah dengan sangat teruk. It seems like her organ macam dah tak kuat. Terberak banyak kali and stuff. Then my cousin cakap, pagi tadi sempat dia tukarkan diapers. Then, dia cakap lagi pagi tadi my grandaunt pesan kat my grandma, which is her younger sis, untuk bukak cincin yang ada pada dia. As if she knows right?

Aku doakan roh dia dicucuri rahmat dan berada di kalangan orang beriman.

Hari nih besday my cousin jugak. Adik kepada cousin aku yang aku mentioned above. Hari nih keluar result SPM adik aku and 2 cousin aku lagi. How am I to react? Huhuhuhuhuh.

Nek buk, kamek mintak maaf kamek sikda dengan kitak kinek tok. Kamek sedih kamek sekpat nangga kitak for the last time. You will be missed. A lot. Kamek sikkan lupak senyuman kitak yang selalu manis jak bila nyambut kamek datang Sibu. You were always one of the first to greet me everytime kamek datang Sibu. And you were always the last one standing at the balcony when I left Sibu. You never fail to send me off. Kamek tauk kitak sik pernah berganjak bila kamek ninggalkan rumah Sibo until kitak dah sik nampak kamek gik. You are the most thoughtful person I ever met. I will miss you so much, Nek Buk! Kamek janji, kelak kamek abis study tok, kamek pergi Sibu, kamek agak umah baru kitak k? I never say this, but I do love you. You were one of the person I was always looking forward to meet everytime I step my foot in Sibu. That's why i always asked for you bila kamek sik nampak kitak depan pintu masa kamek sampei. 

Al-fatihah.

p/s: It's true, kita hanya akan mula hargai seseorang bila kita tau dia dah tak ada bersama kita selamanya. And in this case, I failed to let Nek Buk knows that I love her so much, just like how much I love my own grandma. I'm sorry I couldnt be there right now, Nek Buk. 

Monday, March 21, 2011

Buntu

Tak lama lagi birthday sorang member nih. Adoiyaiiiii. Tiap kali sampai birthday dia, mulalah aku gabra. Tak tau nak bagi apa. Sebab dia baik, selalu bagi aku hadiah best-best. Huhuhuhuhuhuh. 

Camna nih?? Aku kumpul duit pun aku still tak tau nak bagi apa. Camna nihhhhh? Adoii! Bak kata dia, dia pun tak tau nak bagi aku apa dah sebab macam aku ada semua benda, tapi sebenarnya dia yang dah ada semua benda. Aku takda henpon touch screen lagi. Wahahahhaha *ok ok, gelak cover gabra*

Huhuhuuhu. Sampai terbawak-bawak ke mimpi ok nak beli hadiah apa. Yelah, memang orang ikhlas bagi kita kan, tapi tak molek jer kita buat bodo jer tak gitu? At least something, a simple one pun ok lah kan. Nih apa pun aku takda lam otak nih. Bagi duit je aci tak? Tapi takat duit aku, banyak mana lah kan. Huhuhuhu.

Aiyokkkkkkkkkkkkkkkkkkk!! Gabra gabra!! Kalau aku antar diri aku naik train ke tempat member aku and cakap SURPRISE!! aci tak? Hohohohoho. Mau tido dekat stesen ketapi jap lagi takda nak amik. Padan muka. 

Ish. Fenin kepala aku pk nak bg apa kat orang yang dah ada macam-macam. 

Tolong tolong!! Lemas dalam pemikiran!! >.<"

Nantilah aku figure out something. Something special. Tapi tak tau apa lagi. Pandai-pandailah. Huhuhu.

Oklah. Lapar, nak carik makan. 2 hari tak sentuh nasi. Asyik spaghetti manjang! Nasi adalah makanan terbaik pernah wujud ok! Hohohoho.

Babai!!

p/s: Awak, ada apa-apa yang awak nak? Huhuhuhu.

Career fair

It was my 1st experience attending a career fair. 

My thoughts?

Surprised with the number of people there.

Nasib baik kitorang quite early lah kan. Kitorang sampai around 11am gitu. Masa tuh tak ramai pun. Registration pun senang sangat, sekejap jer. No queue and stuff.

Kenapa kena ada queue masa mula masuk? Sebab registration dia online. You have to register upon entry, thru online lah. Then, the staff will give you a barcode, which you will then have to carry around sepanjang dalam fair tuh. Each time nak apply job kat any booth tuh, all you have to do is scan the barcode dekat booth tuh, and walaahhhhh, your resume is on the company of your interested punya system. So, memang macam dekat supermarket lah, bunyi scan-scan tuh kan. hikkkss. Aku drop satu jer kot resume. Tuh pun sebab post yang aku nak apply kat satu company tuh, dorang tak bukak masa fair, akan bukak in a month or 2. 

I was like in a denial sebelum nih. I mean, how many people actually menganggur kan? I assumed it couldn't be that much lah kan. Sekali kauuuuuuuu!! 15minutes after we are done with the 1st booth tuh, bila tengok entrance, ramai gilaaaaaaa queue!! Huhuhuhuhu.

Which actually made me scared ok. Betapa ramainya orang datang. Betapa ramainya orang yang tengah carik kerja. Semua pun muka yang very talented and ermmm, smart! Adoiyaiiii! Down kejap.

But then, i realized something, rezeki. Kalau dah ada usaha, rezeki belum ada, well, takkan dapat. Maybe Allah bagi dalam bentuk lain kan. So, terus erase dari otak pasal tuh. If ada rezeki aku, adalah. Eheh.

Anyways, exciting jugak lah kan pergi career fair nih. Just like after SPM dulu. Pergi education fair. From booth to booth. Lagi-lagi pergi yang UK, Aussie punya tuh. Berbuih-buih, berbelit-belit lidah speaking kan. Tapi paling mahal skali adalah tahap fokus aku masa tuh. Sebab nak tangkap slang dorang tuh, perghhhhh. Kena fokus tinggi. Tetiba aku macam ada talent lip reading kannnn. Hehehehhehe.

Anyways, toilet KLCC dekat Convention Hall kan sangat besar cerminnya. Jadi....bila cermin besar buat apa? Hehhehehehehehe. Camwhoring! :D


Mind that look on my face. Aku tengah tahan gelak sebab member-member aku kat sebelah aku tengah kecoh amik gambar. Dahlah kitorang ramai-ramai depan cermin nih, and cermin nih dekat pintu. Memang blocking lah kan orang keluar masuk. And malu! Aku nih camwhore2 pun tengok keadaan, ramai orang, aku still segan. Mak pemalu uolssss! Hahahahhahaha.

How do I look? Hehehhe. Ye, tak formal pun. Sebab apa? Sebab dah tau memang takda interview pun. Just drop resume jer memanjang. Ngehhhhhh.

Anyways, tuh adalah beg yang aku dapat untuk birthday present :) Thanks banyak2!! Suka sebab boleh sling jugak. Aku kan suka multi-function bags nih. Nak bawak ala-ala mak datin dekat lengan pun boleh. Tali panjang tuh boleh bukak. Suka sangat. And aku baru perasan, yang aku pakai coklat. Bag and shirt. Eheh.

Oh, rasa-rasa, aku dah kecik sikit tak? Housemate aku cakap, aku dah kecik sikit berbanding dulu. Cuma muka tuh lah kan sebulat tembikai lagi. Ngeeeee. Oh, memang purposely bloated the cheek pun. Huhuhuhu. Habit T___T Kena banyak makan chewing gum nih. Hahahahaha. *mode perasan*

Oklah. It's getting so late. Nak tido dah. Esok kelas pulak. Fuhhhhh. 

Babai!!

p/s: 2 more months. I hope I am not done with you KL! I haven't explore you much!

Friday, March 18, 2011

Terima kasihhhhhh!!!

Hiks. Happy sangat! :D

Hari nih aku keluar dengan kawan baik aku, yang dah lama tak jumpa. Rindu! 

Keluar sekali dengan parents dia since aku rapat dengan family dia nih. 

Dorang bukan local, not even Malaysian, so jalan-jalan naik chartered cab lah yang dorang dah sewa sepanjang berada kat Malaysia nih.

So, tadi dorang amik aku kat rumah nih. Masuk-masuk cab jer, terus dapat hadiah! Sempena birthday aku yang tak wujud tuh. Hahahahhaha. 

Dapat handbag!! Hoyeahhhhh! Suka gila!! Aku nih kalau macam nih berterusan, lama-lama suka kumpul designer bag baru tau T___T dahlah member aku tuh ngan mama dia gila handbag jugak. Pastuh Papa dia pulak manjakan aku sama macam anak dia. Abeslah aku T___T

Dari jauh uolllss bag tuh. Takdalah sampai bag Coach ke apa ke kan, Sembonia jer. Tapi pun dah cukup bagus untuk aku sebab yelah, aku nih mana mampu nak beli sendiri beg ratus-ratus nih. Takat bawah seratus ok lah untuk aku kan.

So sangat happy!! Tapi kemalasan nak tempek gambar sebab tenet macam haram nak upload. 

Esok ada career fair dekat KLCC. Maka akan menggayakan bag tuh esok. Hehehehhe. Tak sabar :D

Anyways, semalam kan adalah sorang member tuh kan, sampai hati tau bakar-bakarkan jiwa aku dengan bercerita pasal henpon best yang murah. Samsung Galaxy 5 tuh lah. Dahlah murah, cambest lak tuh. Saja tau bagi harapan kat aku. Kan sekarang aku dah terbayang-bayang.

Jahat tau awak nih! Nih semua salah awak. Awak kena bertanggungjawab nih. Haaaa, cepat jawab, awak nak bagi ke tak?? Kalau tak bagi taknak sayang :P Kaler ijau tau. Hehehheheheh.

Oklah. Aku nak siapkan resume. Esok career fair. Dah masa untuk face real life situation pulak. Takda orang nak tolong dah haaaa.

Babai!!

p/s: Hi awak! Hehehhehe. Saja jer gurau :D


Wednesday, March 16, 2011

Freedom!!................not!

Ehemmmmm! *senyum nampak gigi*

Hi! Lama tak nampak semua! *tipu*

Fuhhhhhhhh. Akhirnya I am done with presentation!! Lega teramat. Everything went well. I think I did okay. I HOPE it's okay.

Dua hari nak analisis data. And 2 malam nak siapkan slide presentation. Memang mencabar betul lah. Tapi, Alhamdulillah, berbaloi :D teheeeeeee. I guess kehadiran family really motivates me a lot. Hehehehhehe. Seminggu kan berambeh bermalam di hotel dengan diorang. Rindu rumahhhhhh!!!

Sekarang aku free buat sementara sebelum aku busy balik dengan writing pulak, lagi 2 weeks submit draft to examiner. 2 more months! Bertahan!!

Bila bukak blog, rasa macam ketinggalan zaman. Apasal masa aku tak bukak blog ramaiiiiiiiiiiiii yang update nihhhhh?? Tak terkejar aku nak membaca! *busybody katanya*

Sepanjang masa aku nak siapkan kerja aku untuk presentation hasil, i have this HUGE urge untuk bukak blog and blogwalking. Tapi aku tau, sebab aku nih busybody, tak mungkin aku akan stay dekat blog untuk a quick rest, lets say 5 minutes lah. Tak mungkin. Jadi berjam-jam ok. Korang nih bercerita yang best-best. Mana tak aku lekat.

Anyways, sebenarnya aku in the middle of catching up dengan latest episodes of Gossip Girl. Ye ye, aku baru nak tengok. Sekarang baru sampai Season 4 ep 2 jer. Tension ok!! Nak carik stok GG!!! Nak download aku rasa aku takda kesabaran nak tunggu sambungan dia. Eventhough aku buang masa dengan tengok cerita lain untuk tunggu download complete, aku tak boleh! Siap mimpi! T___T

Eh, melalut ke GG pulak.

Family aku dah balik Kuching dah kelmarin. Now my life balik ke normal. Bosannya. Aku rindu menyakat my lil sis. And rindu bergosip bukan-bukan dengan my mom and rindu attention from my dad!!! And rindu my lil bro yang kinda manjakan aku nih. Ngeeeeeeeee :D

I just miss my family! :(

Oklah, saja jer update light light. Nak cakap dah abes presentation jer sebenarnya! Excited lebih :P

Babai!!

p/s: Apparently, aku nih lama tak tukar spec kot. Sampai member aku keluar statement 'Akhirnya Ain tukar jugak spec' >.<"

Saturday, March 12, 2011

Time is Running Out

OMG!

Hidup adalah super serabut sekarang!! Teramat serabutttttt!!!

Super junior busy!!!!!!

Selasa depan adalah bentang hasil penyelidikan. Maksudnya, bentang hasil kajian tesis tuh. Aku punya turn adalah sesi petang, on the 1st day, insyaAllah. Ada 2 hari semuanya. Gabra gabra!!

Jumaat (11/3/2011) hari tuh, kitaorang berempat pergi jumpa SV. Dan aku lah the only one yang tak buat slide presentation lagi ok. Yang lain dah bincang slide masa jumpa SV tuh! Semua sebab dorang dah dapat data sebulan or 2 bulan before aku. Aku baru dapat data Jumaat lepas (4/3/2011).

Bayangkan lah aku hanya ada seminggu jer untuk buat calculation data aku dapat, key-in data, analisis data aku guna SPSS tuh, lepas tuh nak buat discussion nya lagi, nak baca journal nak support result aku lagi and of course nak siapkan slide presentation. Memang gila punya kerja lahhhhh! Seminggu ok!

Aku sangat gabra sekarang!! Cuma kelebihan bila aku gabra, otak aku ligat and cekap berfikir. Kiranya takda masa untuk blur lah. Semua jadi cepat nak pick-up, alhamdulillah. Tapi cepat mana pun pick-up, aku bukan lah robot yang boleh speed reading bagai nak rak. Speed reading aku pun, tetap amik masa nak baca journal. Speed reading boleh aplikasi untuk novel dan buku bukan ilmiah semata-mata.

And sekarang masa menaip nih, aku baru jer lepas analisis data, daripada petang semalam and baru siap kejap tadi. And sebelum tido, saja nak update satu entry nih. Nih pun menaip dengan kadar kelajuan yang sangat luar biasa. Tinggal nak buat slide presentation and baca journal nak support data jer lagi. Hopefully by Monday morning siap sebab petang ada last meeting dengan SV before the real presentation on Tuesday. Fuhhhhhhh!!!

And, the family's here, since last Tuesday. Nak spend time lagi dengan dorang, nak siapkan kerja nya lagi, tetiba rasa macam dah berumah tangga. Hahahahhahaha.

Oklah, aku nak tido. Perlukan rehat, nanti siang nak sambung buat kerja and then berjalan-jalan dengan family. Perlukan rehat mencukupi.

Doakan aku and rakan-rakan aku semua yang terbaik, dan dipermudahkan untuk presentation kitaorang ye :)

Babai!!!

p/s: Memang terasa masa sekejap jer berlalu sebab kerja melambak satu, and sebab satu lagi, family ada kat cnih. Sangat cuak, tapi tetap kena maintain cool. Kerja tetap perlu disiapkan walaupun berjimba macam mana kan.

Wednesday, March 9, 2011

Happy! At last!

Tadi aku chat dengan the ex. Haah. Orang sama yang selalu sakitkan hati aku. Hehehehhehhehe.

Well, kitaorang masih kawan. Selalu aku sakit hati pun sebab ada rasa jeles tak pun sebab memang dia saja buat aku sakit hati.

Memang habit dia suka sakitkan hati orang. Aku pun tak reti cmna lah dia suka buat camtuh. *hi awak!! hehe*

Anyways, nih bukan entry nak emo-emo ke apa.

Nih entry happy punyaaaaaaaaaaaaa!! Hehehhehehehe.

Tadi aku chat dengan dia. Then dia cerita lah pasal dia pergi jalan-jalan. Rupanya dia pergi jalan dengan orang baru. Ngehhhh. Aku tau pasal orang baru tuh. And tau pasal dia pergi jalan-jalan tuh sebab dia ada text2 aku a day before. Cuma aku tak tau yang dia keluar dengan that person. Aku ingatkan dia keluar dengan member-member dia yang selalu dengan dia tuh.

Surprisingly, aku tak ada rasa marah or terkejut or even jealous langsung!! Walaupun dia dok explain-explain macam-macam kat aku. Aku tak rasa marah or rasa perlu pun untuk dia explain. Tak macam dulu, kalau dia explain, baru aku lega.

OMG OMG!!!!

Aku adalah terkejut dengan diri sendiri ok!! Suka nyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! 

Petanda awal aku dah move on betul-betul nih. Seronoknyaaaaaa!

Kalau tak, sengsara ok asyik nak jealous ke apa. Huwwwwww. Padahal tak ada apa-apa dah kan. Huhuhuhuu.

I am not saying yang aku dah lupakan dia. The hell no. Aku masih sayang dia. Cuma maybe hati aku dah terima kot yang kitaorang nih memang dah takda apa-apa and takkan ada apa-apa dah.

Janji dia bahagia jer. Dia nak berkawan dengan siapa pun aku tak kesah dah. Maksud aku, dengan orang baru, partner baru. Janji dia bahagia. Tengok dia happy pun aku dah suka. Hikksss. Nih bukan main-main, ini serius ok. Hehehhehehe.

Awak, saya masih sayang awak, no doubt about that, tapi if orang tuh buat awak happy, I am glad. I am relieved. At least hati awak tak lonely. I hope we can be good friends, macam sebelum nih. :)

Oklah, aku nih curik masa nih sebab tengah rehat dari mengira data nih. Fenin tengok nombor banyak-banyak. Nak sambung kerja dulu.

Babai!!!

p/s: Few more hours, insyaAllah, boleh jumpa family!! yayay!!! :D

Tuesday, March 8, 2011

Cheer up :)

While surfing on the net, here and there, which include the FB, the Google, the Youtube and of course the dearest of all, the blog, I stumbled upon this one quote, which actually makes me smile and errr, for sure, relieved :)

Oh, actually, there are two. A quote and a poem.

Here's the quote, which I honestly took from a friend's FB's status :

Don't chase someone who doesn't love you. There's someone out there who would die for you. It's all about patience, and patience always is rewarded. 

So, yeah. What  if you are broken hearted?? You broke up with someone for a reason, so, you wouldn't care less about getting back together right? There's always someone out there. :D *comforting words for myself*

Another one is from theblabber. This guy memang suka membebel. Tapi dia selalu membebel simple-simple tapi memang kena tamparan sedas kat muka lah selalunya. Peace no war bro :D So, here's the poem. Theblabber, I hope you don't mind ya? teheeeeee :D

People are often unreasonable, illogical and self-centered;
Forgive them anyway.

If you are kind, people may accuse you of selfish, ulterior motives;
Be kind anyway.

If you are successful, you will win some false friends and some true enemies;
Succeed anyway.

If you are honest and frank, people may cheat you;
Be honest and frank anyway.

What you spend years building, someone could destroy overnight;
Build anyway.

If you find serenity and happiness, they may be jealous;
Be happy anyway.

The good you do today, people will often forget tomorrow;
Do good anyway.

Give the world the best you have, and it may never be enough;
Give the world the best you've got anyway.

You see in the final analysis, it is between you and God;
It was never between you and them anyway.

The last one is actually the one I love the most. Ngeeeeeee. Best kan poem nih? :)

Anywas, I am at the National Library right now. Kena carik power point nih batt nak abis dah. Adoiiiyaii. Tempat aku duduk nih power point dia rosak pulak. Ciss!

Have a nice day!

Babai! :D

p/s: Seronok buat kerja dekat library nih. Meja besar, boleh sepah-sepah atas meja dengan semua data. Puas hati!! And tenang as well. :)

p/s: Actually entry nih aku buat pepagi buta pagi tadi. Sambung dekat library sebab satu apartment takda letrik start tengah hari tadi. Agaggagagagaga. Takdalah aku duduk library dok surfing semua tuh. ngeeeeehhhhh :P

Thursday, March 3, 2011

Jar of Hearts

Aku nih kalau lagu yang aku suka dengar, berkali-kali ulang dalam mp3 pun aku tak bosan.

Antara lagu yang this few weeks jadi favourite aku adalah lagu dari Christina Perri nih. Suka sangat.

Dah tuh, lirik dia macam mendalam gila kan.

Memang untuk orang heart broken and yang dah move on gitu.

Layan jom :)



No I can't take one more step towards you
Cause all that's waiting is regret
And don't you know I'm not your ghost anymore
You lost the love
I loved the most

I learned to live, half-alive
And now you want me one more time

And who do you think you are
Runnin' round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Who do you think you are

I hear you're asking all around
If I am anywhere to be found
But I have grown too strong
To ever fall back in your arms

I learned to live, half-alive
And now you want me one more time

And who do you think you are
Runnin' round leaving scars 
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Who do you think you are

It took so long just to fell alright
Remember how to put back the light in my eyes
I wish I had missed the first time that we kissed
Cause you broke all your promises

And now you're back
You don't get to get me back

Who do you think you are
Runnin' round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Don't come back at all

And who do you think you are
Runnin' round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
Don't come back for me
Don't come back at all

Who do you think you are?
Who do you think you are?
Who do you think you are?

Mendalam kan lagu nih?

Aku rasa macam sayu jer hati aku dengar tiap baris lirik dia. Huhuhuhuhuhu.

Biasalah, orang heart broken nih, kalau lagu jiwang-jiwang nih, memang dekat sangat dengan hati. Bahahahhahaa.

Ada banyak lagu yang aku suka dengar dari dulu sampai sekarang. Yang mana, kalau aku dengar ulang-kali pun tak pernah nak bosan. Hehhehehehe.

Lain kali post yang lain pulak ye.

Anyways, aku suka jugak video lagu nih. Macam unik jer. Buat ala-ala pementasan gitu kan? Eheh.

Klah. Mau tido.

Babai! :D

p/s: Tiap kali dengar lagu nih, mesti ingat orang tuh. Then mesti rasa sayu and sebak gila. Cis! >.<"

Tak tau nak buat tajuk apa...

Fuhhhhh.

Akhirnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!

Alhamdulillah, tadi baru siapkan phase terakhir dalam lab work. Tadi pergi buat analysis untuk samples. Run guna ICP-MS.

Sekarang tinggal nak key-in data. Tuh pun esok baru aku dapat printed result. Tapi tadi dah tengok dah result dia.

Pening kepala aku nengok result. Macam-macam ajer bacaan dia. Fuhhh fuhhhhh!!

Takpa-takpa, esok kita tengok macam mana. 

Anyway, siapa ada tengok Fb aku tadi tau lah kot latest status aku. Huhuhuuhu.

Yeap, aku malas nak jaga hati sapa-sapa sekarang. Tak ada masa ok. Boleh stress kalau asik nak jaga hati orang jer. Kalau rasa taknak sakit hati tuh, sila jaga hati korang sendiri. Aku pun lagi suka kalau kena jaga hati sendiri jer.

Banyak lagi kerja aku yang melambak kena buat, daripada fikir nak jaga hati orang.

Orang tak jaga hati aku pun, buat apa aku susah-susah nak rasa bersalah kan kalau aku tersakitkan hati orang  ke apa kan.

So, kalau lah aku buat sapa-sapa sentap, pandai-pandai korang lah fikir balik kenapa aku buat macam tuh. Aku nih bukan sengaja sakitkan hati orang, unless orang tuh buat aku menyampah. Huh!

Oklah. 

Babai!

p/s: Boleh tak kalau tolong jaga hati saya nih sekali jer?

Wednesday, March 2, 2011

Hati

Aku fed-up lah ngan diri aku sendiri. Boleh?

Kadang-kadang aku nih hairan jugak dengan diri aku. Selalu nak sakitkan hati sendiri kan.

Lepas tuh dah sakit hati tuh, mula lah nak merapu dalam blog.

Eyh, lupa, blog aku, biarlah.

Oh, macam biasa, hal sama yang buat aku sakit hati.

Aku ingat kalau aku try buat cool and buat bodoh jer, boleh lah tak sakit hati.

Tapi tak, sakit jugak hati last-last.

Kan pernah cerita pasal sorang member nih.

Apa eyh perasaan nya, kalau kita contact, sms lah, sorang kawan nih, tapi reply yang kita dapat ala-ala malas nak melayan. Apa eyh kau rasa?

Tapi bila dia sms dulu, kita pulak beriya lah layan baik sebab yelah, kawan kan, nak jaga hati kawan.

Aku selalu lah kena macam nih dengan sorang nih. Dia kan, bila dia bosan, carik aku bukan main SMS, laju ajer dia reply. Bila aku sms dulu, kadang sampai tertido-tido aku tunggu reply. Tau-tau, rupanya dia keluar lah apa lah. Heh.

Kalau orang buat macam tuh dekat dia, aku rasa dia takda lah rasa apa kot. Yelah, sebab dia pun buat macam tuh kat orang. Aku jer kot yang baik sangat. 

Hahahhaha. Bodoh jer aku nih baik sangat dengan orang. 

Lepas tuh sendiri sakit hati.

Kalau macam nih punya kawan, aku rela tak duduk dekat dengan dia. Biar aku jauh-jauh macam nih.

Apa guna, kalau dekat baru dia nak bagi perhatian. Bila jauh, buat macam tak wujud. Carik kita pun bila bosan.

Amboiiii, ingat semua orang nak isi masa kosong dia ajer ke?

Ingat semua orang nih macam game console, nak bagi hilang boring?

Yelah, macam game, bila kau bosan kau carik. Bila kau occupied, pandang pun tak game tuh.

Hmmmmph. 

Susah betul lah aku nak keraskan hati. Bukan macam dia, senang-senang ajer. Nak jadi hati kering katanya.

Tengoklah, sejauh mana hati kering tuh boleh bawak dia.

One day, dapat orang yang hati kering buat macam tuh kat dia, baru nak tergadah.

Hehhh. Sakit betul hati aku. Sakit sangat.

Adakah aku still berharap?

No, totally no. Aku dah malas nak berharap.

Kalau layan kawan pun macam nih, jangan harap lah aku nak berharap lebih dah.

Jangan ingat dulu aku berharap kat kau, jadi kau boleh lah suka-suka hati. Yelah, ada orang berharap kan.

Sekarang, aku tak berharap dah. Don't worry lah. Aku dah move on ok. Macam kau nak sangat tuh. Bukan kau jer boleh move on.

Kang aku lupa kau terus kang baru tau. Nanti kata lupa kawan pulak kan.

Kalau macam nih kau treat kawan, baik dari dulu aku cakap aku taknak kawan dah. Ceh. Dulu beriya konon nak stay kawan. Tapi layan kawan pun macam apa. 

Mentang-mentang aku jauh, boleh lah kau buat macam nih. Kalau aku dekat nanti, aku buat balik kat kau macam nih. Kau rasa adil tak? 

Kot-kot duduk dekat one day, pastuh aku buat malas nak layan kat kau, kau rasa adil tak?

Semua kita buat kat orang, akan balik kat kita. Aku berpegang pada tuh jer. Sebab tuh aku still layan baik kau. Aku taknak one day aku dibuat macam tuh. Tapi kau dah buat dulu kat aku. Takpa-takpa. 

Fuhhhh. Lega lepas cerita. Lepas cerita jer rasa ringan hati nih. Kurang sakit.

Eyh, klah. 

Aku dah ngantok nih. 

Duduk lab 4 hari tuh buat aku pening kepala. Semua pasal wap acid tuh. Sakit otak ok terhidu. Huhuhuhuhu.

Sekarang kerja aku tido awalllllllllllllllll jer! hish! Tido yang terlampau awal T___T

Babai! 

p/s: Aku dapat free call dari Maxis. Tapi aku tak tau nak call sapa. Jawabnya ignore ajer gift tuh kan. Ngeh.

Tuesday, March 1, 2011

A great 23rd

Kenapa aku cakap great? Hehehehhehe. 

Padahal bukan celebrate pun kan. 

Sebab semalam aku dah siapkan kerja lab aku!! Jyeahhhhhhhh!

Penat ok! Tapi berbaloi-baloi. 4 hari straight aku kerjakan semua nya. Mana entah dapat kekuatan *bunyi macam membina makmal kan* nak siapkan semua kerja.

Mana tak nya. Aku ada 46 sampel termasuk sampel blank. 

Lab work yang aku buat adalah acid digestion. Satu sampel tuh nak digest dia makan masa sejam setengah ke 2 jam ok.

Before buat acid digestion, 2 minggu sebelum tuh, dissect keli-keli and then keringkan. Proses nak keringkan tuh lah yang held me back for a week. Seminggu ok amik masa nak keringkan! Perghhhhh! Tergendala kerja semua.

So, dengan kudrat yang ada, aku gagahkan jugak stay sampai malam nak siapkan semua digestion. Fuhhhhh!

At last, semalam malam habis jugak semuanya! Sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! 4 hari stay lab sorang-sorang, luckily 3 hari tuh ada yang masuk lab petang-petang and stay jugak sampai malam, cuma semalam jer lah sorang-sorang. 

Ketakutan dia jangan cakap lah. Sapa main sergah-sergah aku semalam, memang confirm kena simbah ngan asid pekat. Yelah, aku kan deal ngan acid pekat. Sapa main-main, memang kena lah semalam. 

Debar dia bukan main. Lajuuuuuuuuuuuuuuuu jer degup jantung. Tambah lagi semalam hujan lebat petang kan. Siap kilat guruh bagai. Nasib baik lab tuh tingkap dia tinted. Takdalah seram sangat tengok kilat semua.

Tapi still takut ok. Maghrib pulak tuh sorang-sorang dekat lab. Nak masuk cold room dia lagi meremang segala bulu. Hishhhhhhhhh. Dahlah fakulti tuh memang agak keras. Ngehhhhhhh. Aku dah imagine bukan-bukan dah. Actually aku lagi takut kalau ada lelaki tak dikenali ke kan. Huhuhuhuhu.

Tinggal nak buat ICP jer lagi. Heheheheh. Tak sabar! Huhuhuhuhu.

Oh, hiksssss. Semalam pagi bangun tido tuh, tengok FB ramai wish besday. So aku rasa memang tuh yang buat aku happy all day and ada semangat nak siapkan lab. 

Thank you so much for all the wishes. You guys have made my day.

Sangat happy semalam, and I am smiling all day long. Ngeeeee. Macam orang gila senyum sorang-sorang tau.

Nih lah besday celebration aku semalam.




Aku pun tak sure gamba rnih di ambik bila. For sure, macam nih lah rupa tempat kerja aku dalam lab untuk 4 hari lepas. Nampak tak gambar last tuh, benda tuh emit asap kaler kuning coklat. Tengik ok bau dia. Menusuk sampai boleh terbatuk teruk. Sebab tuh kena buat dalam fume hood :) Sebab tuh aku cakap aku deal ngan acid pekat. Macam tuh lah hasilnya bila acid dicampo-campo and dipanaskan. Hehehhehee.

Amacam, ada rupa saintis? Hehehhehehehe.

Thanks again semua untuk wishes tuh. Sangat hargai. :)

And, Alhamdulillah, aku masih bernafas sampai umur sekarang. Dah 23 tahun dah hidup. Tapi aku still rasa aku nih spoiled brat yang super manja and demand dengan parents. Bahahahhahaha. Bila entah nak berubah. Hohohoho.

Oklah, penat pulak menaip.

Babai!!

p/s: Next week jumpa family!! Hoyeah hoyeah!! :D *insyaAllah*