Ok, actually aku bukan nak sangat cerita pasal sapa menang apa. Tuh semua orang boleh dapat full detail dia dekat mana-mana website hiburan kan. Lagipun, bukan job aku nak ingat sapa menang apa pun :P Kalau pergi award tuh sebab tuh adalah job, lainlah kan. Hehehehehhehe.
Pergi tengok award live nih bukanlah benda yang aku selalu buat. Or pernah buat. So, nih adalah my first time lah pergi. So kalau korang rasa aku adalah menjakun, sila jangan baca ok. Kalau korang rasa benda biasa jer setakat Shout Award and korang pernah pergi lagi gempak punya, takpa, aku tak jeles pun. Hehehehhehe.
Aku pergi nih pun atas ajakan kawan aku dekat Bukit Jalil sana. Dia study and tinggal area ctuh, specifically, depan Bukit Jalil tuh jer. Kawan-kawan dia dapat free tiket untuk ke Award tuh, daripada FB lah nih. So, ada extra tix, dia ajak lah aku. Sebab takda buat apa pun kan, aku ok jer lah.
So, Sabtu petang on 20/11 tuh aku pun pergilah Bukit Jalil sana. Bermalam dekat rumah dia lah kiranya. Sabtu kol 3pm aku dah bertolak dari KL nih. Katanya kena redeem tiket awal, and nak pergi Stadium Putra tuh around lepas Asar.
Ingatkan kitorang dah awal, rupanya dah ramai queue ok! Aku nih bukan biasa sangat dengan benda nih kan. Ramai giler orang and semua pun macam dressing cantik-cantik, mekap sana sini. Being me yang cuma fikir nak simple and comfort jer, aku pakai biasa-biasa jer. Mekap pun takda. Tak kuasa aku nak peluh-peluh tunggu dekat luar tuh dengan mekap-mekap nih.
Around 6.30pm gitu dah masok dalam stadium dah. Masa tuh tak ramai orang lagi. Sikit jer. Tapi kan, dekat-dekat nak Maghrib tuh, tetiba jer nampak full dah stadium tuh.
Aku adalah jakun sebab boleh nampak artis dari seat aku. Maksud aku, kitorang duduk dekat Level 3. Atas lah kan. Bawah kitorg betul-betul seat artis. So nampaklah Nora Danish yang cantik sangat, Yuna, Maya Karin, Afdlin Shauki, Hans Isaac handsome!, Zizan, Jue Evans, Upin Ipin pun ada, and ramai lagi lah.
Nih kira first time jugak aku tengok live act Faizal Tahir. Memang bertenaga lah. Mostly indie band kan, so macam dorang nih kan penuh energy tau! Meremang jer tengok dorang perform. Tapi slack nya, bunyi music lagi kuat daripada suara dorang, so macam tak dengar sangat. Jadi macam bergema sikit. Iyaz best ok. Dia kan buat closing act. Semua orang macam tunggu-tunggu jer dia. Yuna pulak perform kejap sangat lah. Misz Nina best!! Dia menari sangat energetic ok. Suka tengok.
Pastuh part Atilia and Monoloque, Altimet, Azlan & The Typewriter, Bunkface, Najwa, and semua yang perform tuh best lah. Macam aku cakap, slack sebab tak dengar sangat suara dorang. Music jer lebih.
Pastuh kan, penat ok nak jerit. Kira macam once in a while mesti performer or host akan suruh shout. Kata pun Shout Award kan. Sakit tekak jugak. Dahlah air tak boleh bawak masuk. Siap sapa yang beli kat dalam tuh pun tak boleh bawak masok dalam stadium. Kena makan or minum dekat lobby area stadium tuh jer.
All in all, seronok lah jugak layan award macam tuh. Paling best sebab nih kan jenis award yang sempoi. So ko takyah nak dressing heavily just nak pergi tengok. Kira jeans pun dah kira ok. Kalau certain award kan macam nak formal, so macam payah sikit. Sebab mesti semua orang cantik-cantik, kalau kurang dressing up, nanti nampak macam pelik. Hehehehehehehhe. Bolehlah pergi lagi kalau ada lagi tiket free.
Oklah, tuh jer nak share. Aku takda gambar. Setakat pakai kamera henpon tuh, memang aku ada amik, tapi apa jer yang nampak kan. Kata duduk Level 3, memanglah betul-betul mengadap stage, tapi still tak dekat macam yang dekat standing zone tuh. Orang-orang depan row aku jer nampak sebab semua pakat satu row pakai DSLR eyh. huhuhuhuhu. Tetiba aku rasa penting ada DSLR. hahahahahhaha :P
Siapa ada extra tix free ke mana-mana award, ajaklah aku. :P
No comments:
Post a Comment