Saturday, May 21, 2011

Travelling much?

Aku baru sampai Kuching dari KL. Tadi lah pukul 4pm gitu landed.

Aku pergi KL Isnin lepas, 16 May sampailah hari nih 21 May.

Esok aku gerak ke Sibu pulak! Fuhhhhh! Kerja aku berjalan sakan jer.

Oklah, tuh jer for now. Hehehhehe.

Babaii!!

p/s: Sangat malas nak update blog bila cuti macam nih tau :D

Sunday, May 15, 2011

Heart

This post has been typed on Friday hari tuh. Aku malas nak edit. Plus, still rasa benda yang sama. Kan blogger problem kan. So aku tak boleh nak publish, so aku biarkan dalam WLW jer as draft. Now baru aku post. Eheh.
………………………………………………………………………………………….

I don’t know what’s wrong but I am definitely feeling all sappy and sad right now.

I feel heartbroken over and over again.

Why?
I don’t know lah why.
Tadi tengok satu series reality nih.
Reality show apa? Adalahhhhhhh. Tapi tadi pagi tengok yang last episode dia. Memang sedih jer hati tengok.
Sebab apa? Sebab ada sorang watak dalam tuh, cara dia memang 100% sama dengan my last dearest one. My ex lah. Ex ke? Entahlah, boleh dikatakan ex ke tak. Huhuhu.

Tapi tuhlah, last episode tuh, dia break up dengan awek dia. Tapi this time around, awek dia yang ended it up sebab awek dia dah tak tahan dengan cara dia layan awek dia.

Seriously semua part dia dengan awek dia tuh mengingatkan aku dengan kisah lama. Sedihnya lah hai. Sebab aku jadi rindu dengan ex aku. Rindu sangat-sangat.

Rindu gila ok. Dia tuh romantik lah jugak, tapi kadang-kadang very mean ok. Bila dia marah, dia sangat mean. Semua orang jadi punching bag dia, termasuklah aku. Bila dia ada bad day dekat office ke, memang dia sangat mean kat semua orang. Well, kadang-kadang kena terima jer lah kan.

However, dia sangat thoughtful. Ingat tarikh itu ini. Kadang-kadang aku lupa apa aku pernah cerita kat dia, share dengan dia, tapi dia pulak yang ingat. Sweet kan? Kadang-kadang tanpa dia sedar, dia buat benda yang sweet.

Tapi tuh semua dulu lah. Tapi tak salah kan nak pegang pada kenangan. Cumanya lately nih aku jadi sayu sangat bila ingat dia. Sebab so far, dia lah paling best and happening. Huhuhuhu. Aku try kenal orang lain, tapi hati aku macam dah tertutup.

Walaupun kitorang ended up in kinda bad term, tapi lepas tuh kitorang still get along. Once in a while still contact semua. Still cerita itu ini, cuma tak sekerap and se details masa dulu. Well, at least we are still friends.

But yeah, I really miss our time together. Sangat. Rindu lahhhhhhhhh! Huhuhuhuhuh. Sayu nya rasa hatiiiiiii!!

Dahlah lepas abis last episode reality show pagi tadi, mak aku pergi pasang radio, pulak dah lagu jiwang. Makin sayu! Huhuuuhuhuhu.

p/s: How I wish I still can have all your attentions like I used to. Huhuhuhuhuhu. I miss you, no doubt about that.
………………………………………………………………………………………..

Tuh je.

Babai!

p/s: Aku nak pergi KL esok, Isnin sampai Sabtu. Huhuhuhu.

Thursday, May 5, 2011

Fever

I am down with fever, sore throat and just now, I have running nose. Urghhhhhh!

So, tak ada mood nak update apa-apa for now.
Rasa nak tidooooooooooooooooooooooooooo jer sepanjang hari.
Huuhuhuhuhuhuhuhu.

Oh, tadi dapat call from Dekan satu fakulti dekat private Uni College.
Hmmmmmph!
Dia suruh datang interview minggu depan.
Aiyokkkkkkkkk.

Now, aku bertambah confused and pening.
Huhuhuhuhuh.
How la nak carik duit beli tiket last minute nih?
-_-"
Aku dah cakap kat dia macam susah jer.
Boleh dia cakap "You nak kerja ke tak?"
Ahhhhhh, sudah!!
Terus aku terkedu kat ctuh jer.
Memang nak kerja sangat.
Susah kot carik kerja sekarang.
Huhuhuhuhu.

Oklah.
Nak rileks.
Download cerita Vampire Diaries sambil tido.
Heaven!

Babai!

p/s: I just got back, my mom going to KL. And she's in KL now. Issshhh.

Wednesday, May 4, 2011

Home Sweet Home

Alhamdulillah.

Sampai rumah dah!!
OMG, baru 8 bulan aku tak balik..
Dah macam-macam benda baru dekat Kuching nih..
Bangunan baru banyak naik dah.
Apa gila cepat beno naik semua nih??
Tak boleh terimmmmaaaaaa!!!

Takpa, apa-apa pun..
Makanan Sarawak tetap di perut hati..
Since aku ada banyak masa nak lepak..
So kita rilek dulu.

Esok mau carik Mi Kolok!
Terbaik dekat Bimmers.
Nomnomnomnom..
Takkan jumpa lah yang best macam tuh..
Walaupun dekat Semenanjung sana ada..
Gerenti tak sama :P

Anyways, masa on the way nak ke airport petang semalam..
Aku dapat SMS from Dell, Penang..
Dapat offer untuk join Apprentice Program dorang..
Tapi uolssss, Penang!!
Tak dapat apa details pun sebab dorang suruh aku confirm jer dulu nak join ke tak.
Haishhhhhh.
So, now tunggu jer lah HR dorang reply..
Kalau betul dapat, bila lah agaknya kena lapor diri.

Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!
Aku nak stay Kuching lamaaaaa lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!
Tapi tuhlah, tak boleh nak memilih sangat kerja nih..
Apa ingat senang ke peluang nak datang bergolek 2 3 kali?
So kita tunggu dan lihat apa ceritanya.
Kalau confirm diterima, makanya, Penang lah tempat ku...
Kalau tak, kita teruskan mencari kerja..
Baru jer apply dekat Sarawak, tapi Miri.
But still Sarawak..ok lah kot.
Huhuhuhuhuhu.

Oklah, aku mau rilek.
Penat!!
Sampai-sampai dah tengah malam.
Lain kali cerita panjang lebar ye.

Babai!

p/s: Orang kata Penang tuh Food Heaven, ye aku akui, tapi still, dia belum sampai lagi heaven teratas sebab takda makanan macam Laksa Sarawak, Mi Kolok, Swee Kang and the list goes on :P

Tuesday, May 3, 2011

Kuching :)

I am coming home.

Sekejap lagi nak bertolak ke airport.
Flight lambat lagi, tapi dah tak sabar.

Hehehehhehee.
Taklah, sebab takut traffic jam semua.
Barang banyak so kena amik cab ke KL Sentral..
Then terus amik bas ke LCCT..

Nanti aku bosan dekat LCCT..
Aku update blog yaaa :)

Babai!

p/s: Excited!

Sunday, May 1, 2011

Total pancit!

Aku rasa badan aku dah mogok gila-gila.
Penat yang terasa nih melampau-lampau sangat ok.

Aku nak cuba ingat balik apa yang aku buat sampai penat sangat nih. Huhuhuh
Kita start dengan 2 minggu lepas.

18/4/2011 - Tido lambat study for viva thesis.

19/4/2011 - Tido lagi lambat sebab esoknya viva.

20/4/2011 - Bangun awal gila sebab viva. Then lepas viva pergi pinjam 6 books untuk editing. Penat dah start! Tido lambat lagi sebab editing.

21/4/2011 - Bangun awal and tido lambat sebab editing.

22/4/2011 - Bangun lambat sikit, tapi still tido lambat gila nak edit tesis.

23/4/2011 - Sebab nak pergi Bangi anta thesis untuk jilid, so bangun super awal. Pergi Bangi, then balik dari Bangi, spent 3 hours dekat bookfair! Penat sebab ramai orang!

24/4/2011 - Finally, rehat for a day.

25/4/2011 - Bangun lambat, tapi terus ke bookfair lagi. Spent hours browsing and beli buku. Penat sebab naik public transport, tukar2 stesen and stuff.

26/4/2011 - Off to Bangi. This time naik komuter rather than hari tuh naik kereta. Lepas dapat yang jilid, terus pergi hantar! Sampai rumah petang gila dah. Penat! Long journey!

27/4/2011 - Bangun awal, off to Central Market. browsing for hours. Then pergi pulak ofis jabatan lepas tuh.

28/4/2011 - Ice skating yang super fun sebab pergi ramai2! Tapi penat tak ingat sebab kena tolong ajar member imbangkan badan, tambah pulak kasut dia super tak comfortable. Sakit nak mampus! Main dalam 3 jam jer sebab letih sangat lah. Perjalanan KL-Sunway-KL sangat jauh and memenatkan.

29/4/2011 - Half day dekat lab kemas and bersihkan barang-barang. Penat tak ingat sebab ice skating a day before. Lepas setel lab, pergi Chow Kit beli add the barang untuk packing kotak, tali lah apa lah. Balik dari Chow Kit, susun segala kotak, seal semua, named each of them. Petang pulak ikut aunty balik umah dia lepak2 ctuh. Malam pulak pergi Pasar Malam Chow Kit, makan durian bagai.

30/4/2011 - Dari tengah hari sampai malam keluar. Spent time dekat Times Square jer. For 6 hours, spent time dengan budak praktikum masa matrik. So much fun. Doing all the catching ups and stuff. Then tengok wayang. Lama gila iklan sampai tersengguk-sengguk. Thor's great! Sampai umah around 9pm. Had shower, then dinner, then terus online sampai sekarang.

See?
Betapa pack nya hari-hari last aku kat UKM nih, kat KL lah kiranya.
Semalam, before kuar pegi TS tuh, member aku call.
Budak lawnbowl lah nih.
Ajak join budak MASUM training esok dia cakap (pagi karang lah tuh)..
Tapi just suka-suka lah main2 jer lepas gian.
Tapi bila fikir susah sangat nak ulang alik KL-Mont Kiara-KL..
Terus aku cakap kat dia malam tadi..
Aku cancel ikut lah..
Duit pun cukup sampai hari Selasa balik Kuching..
Plus, lawnbowl nih last minute plan kan..
Aku pun bajet cukup2 jer untuk keluar semua..
Tetiba masuk kes lawnbowl, memang lari bajet lahhh..
So, cancel..

Tapi good lah cancel.
Sebab aku rasa sangat penat.
Tak sempat nak rest betol-betol..
Kang badan aku mengamuk..
Terus demam teruk padan muka kan..
Payah naik flight demam-demam nih..
Huhuhuhuhuhu.

Oklah.
Ada masa and tenaga lebih aku up stories pasal jalan-jalan ye.
Oh, Anuar Zain!
Sangat handsome kan?
Jumpa dia kat Sunway Pyramid.
Next time aku up gambar dengan dia ye :P
Aku nih tak heran dengan Anuar Zain nih..
Siap aku selalu persoalkan apesal perempuan nih tergila-gilakan dia..
Tapi lepas jumpa dia ari tuh..
Aku yang tergila-gila kat dia..
Handsome gila!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Smart pulak tuh..
I loikkkkkkkkkkkkkkkkeeee!! :D

Adoi, terbawak-bawak.
Klah, mau baca buku best nih.

Babai!

p/s: Terasa lama gila nak tunggu Selasa nih. After 8 months, akhirnya aku akan balik Kuching, for good!! InsyaAllah :)