Monday, October 18, 2010

Screen-ING

Selamat pagi Isnin semua. Nih adalah auto-published post. Aku ada banyak cerita nak share, tapi tuh later lah k aku buat entry. Gambar, aku dah edit semua dah susun semua ikut folder untuk blogging, tapi tuhlah, takda rasa nak update blog 2 3 hari nih. I meant, sepanjang seminggu dua nih.

Hari nih aku ada screening. Ermmmmm. dekat cnih :


Yup. Hari nih aku ada appointment dengan Pakar Klinikal Bedah, HKL at 10am. So, if korang baca blog aku around that time, i am probably tengah tunggu turn nak jumpa Doktor or maybe tengah dalam procedure screening.

Siapa-siapa yang memang reader blog nih, boleh agak kot pasal apa. Remember satu blog post aku pasal the bleeding? (aku dah buat link tuh, mana tau Monday blues semua malas nak godek) Dah lama almost 6 months dah kan since the 1st day. Bukan aku takda jumpa Doktor ok. Aku pergi jumpa Doktor, dekat klinik panel UKM sediakan. In fact aku pergi 3 kali ke klinik yang sama, tapi jumpa Doktor yang berlainan which ended up aku pulang dengan bawak ubat entah apa-apa.

 1st time jumpa, dia bagi ubat untuk stop bleeding, which aku sempat makan sebijik 2 kot before mak aku suruh stop makan sebab ubat tuh very bad for kidney (damn that private clinic), and of course the bleeding masiih ada. 2nd time aku jumpa, Doktor bagi ubat lain. Aku tak ingat. Tapi yang pasti masa tuh aku dah request mintak referal letter, at least to HUKM so boleh aku jumpa pakar terus. Tapi Doktor bagi alasan, makan dulu ubat, and if tak stop jugak, datang klinik lagi. So the 3rd time aku pergi lagi klinik, obviously sebab masih ada bleeding. Mintak referal letter, still tak dapat. Aku fed-up lah kan.

So aku stop amik kesah pasal the bleeding. Maybe just hormonal changes. Macam Doktor 3orang kat klinik tuh cakap. Benci aku ok. Macam tak ikhlas nak jadi doktor jer. Hish. Bayangkan masuk pun tak sampai 5 minit consult dah keluar balik.

Entah macam mana aku tergerak nak pergi cek lagi sekali tapi dekat another klinik panel yang UKM sediakan, hari Jumaat lepas. Nak buat macam tuh, aku kena ada kad kesihatan untuk student UKM, which aku dah misplaced somewhere masa pindah dari hostel ke umah nih. So kena buat baru. Alang-alang dah pergi fakulti buat baru, aku pun fikir, baek aku terus ke HKL jer dah dekat sangat-sangat dah kan. Masa tuh around 11.40am aku sampai kaunter registration. Kira macam my luck jugak la actually sebab aku orang last before kaunter tutup untuk lunch break. Hari Jumaat kan, mestilah break panjang. Kira beruntung aku takyah queue. Dapat borang ngan number, duduk jap isi borang then terus kakak kat kaunter panggil aku.

Then, terus pergi ke tempat bilik konsultansi aku patut pegi. Pun duduk kejap tak sampai 5 minit terus dipanggil. And masa nih lah aku nak nanges ok. Yelah, dahlah aku main redah jer ikut hati rasa nak pergi cek kan. Of course aku redah sorang-sorang. Dapat pulak doktor yang gila baek yang caring (thank God dapat doktor perempuan, dahlah nama dia Dr Ain. heheheheheh). And tak macam dekat klinik private tuh, Dr Ain tuh cek very thoroughly ok. Dekat setengah jam aku dalam bilik tuh dia tanya history semua sejak 1st bleeding. Nih baru namanya dedicated Doctor ok. Betul-betul ikhlas cek. Sebab tuh aku suka gomen daripada private. Orang slalu cakap spital gomen lembap, tapi bagi aku, lama macam mana pun tunggu, servis tetap terbaik. Tapi kalau ada duit lebih, pergi swasta pun tak pe kan :)

Sepanjang aku cerita kat Dr tuh aku rasa nak nanges jer tau. Sebab aku tengok expression Dr tuh macam terkejut sangat-sangat bila dia sendiri nampak blood discharge tuh. Pastuh tanya history family aku ada tak yang breast cancer. Makin bergenang air mata aku. Tapi aku tahan jer lah kan. Then lepas dia cek, terus dia tulis referal letter ke Klinik Pembedahan Am. Suruh aku pergi terus and bagi surat tuh. Urgent ok my case. Makin risau dibuatnya. Huhuhuhuhuhuhuhu. Tunggu dalam 15 minit, ramai orang gak lah. Tapi takda rasa lama sangat sebab macam-macam aku fikir. Tau-tau nurse dekat front desk panggil aku and bagi surat appointment.

Hmmmmmmm. Apa lah result scanning nanti kan. Aku harap sangat takda apa-apa yang serius. Doakan aku ye. Hari nih pun aku pergi sorang. Sebab ada kelas ganti exactly at 10am. Itu pun dapat tau ada kelas ganti hari Jumaat tuh jugak, tapi malam. So kena ponteng kelas lah. Huhuhuhuhuhuu. So yang lain kena pergi kelas. Hmmmmmm. Haraplah aku tak burst into tears ke apa masa scanning nanti. Hukhukhukhukhuk.

Klah. Nanti aku post banyak lagi entry bergambar ye. Ada banyak gambar aku dah sort out ikut event. Maksud aku ikut peristiwa. Aku pergi field trip and macam-macam lah.

Happy Monday semua. :)

p/s: cuak lah :(

Monday, October 4, 2010

Say what....?

Rasa lama pulak ye tak update. Aku takda mood lately. It's the time of the month. Paham-paham jer lah ok.

Thesis aku so far ok alhamdulillah. Tuh nanti lah aku cerita detail ok. Not in the mood. Actually, someone spoiled kan mood aku. I mean, i am not actually in the mood, and ada someone terukkan lagi mood tuh. Huhuhuhuhuhu. Can u imagine how bad it get? No? Takyah imagine. It the worst ever! I mean for now. Huhuhuhuhuhuhu.

Ok. Macam nih. Aku bagi situasi lah ye. Situasi nih maybe macam remeh, tapi not for me yang tengah not in a mood. It goes like this.

There's this one person, very very very dear to me asking questions about something. So, since i am used to that thing which is her problem (yeah, it's a HER. a very dear friend), aku explain lah kan tanpa banyak soal. Then, suddenly aku rasa macam nak tanya lah kan apsal tiba-tiba jer tanya kan. Out of the blue moon, tiba-tiba tanya benda yang bukan dibuat kebiasaan hari. I mean things you actually planned like ages before you go for it. And there she goes, asking me thru phone. Which is likely to be weird since she hadn't been calling me for ages.

And then dia pulak cakap saja jer tanya sebab saja jer try nak main-main jer. Takda apa pun. Ok fine. Tak kesahlah kan. Then suddenly dia pulak tiba-tiba like explaining why she asked me in the 1st place, which actually bercanggah dengan reason dia sebelum tuh. Totally, way way way way not even close to the 1st reason.

Takut ke aku marah? Well, aku maybe marah or a bit terasa hati lah kan kalau dia cakap betol-betol in the 1st place. But not as deeper as it feel bila dengar yang the 1st reason actually tak betol. Am not saying dia tipu, but dia belit-belitkan sesuatu benda yang actually simple jer.

Sakit hati ok bila orang yang rapat dengan kita actually hiding things from us. Not totally hiding them, tapi berkias or membelitkan fakta before he/she gets to the point. Lagi sedih bila fikirkan balik, kawan rapat kita terasa makin jauh dari kita. Biasalah, bila dah dikelilingi ramai kawan baru, ramai kawan-kawan lain, diberi perhatian oleh semua orang, kita nih dah macam bayang-bayang jer. Nampak bila berseorangan. Bila rasa sedih. Bila rasa memerlukan. Ok aku ringkaskan. Kita hanya dipandang bila orang macam nih rasa orang-orang yang ada sekeliling dia tak bagi perhatian dekat dia.

Aku lately tengok cerita HIMYM tuh. And there's this one episode lah kan tajuk "Hooked". Maybe dalam tuh dia tunjukkan pasal percintaan. Tappi aku rasa dalam friendship pun ada something like that. Which actually we are hooked by/to someone. You know, bila seseorang tuh ada kawan baik, tapi bila kawan baik dia tuh pun ada kawan baik lain, dia perlukan orang lain untuk ganti tempat kawan baik dia bila kawan baik dia takda dengan dia. Contohlah, A kawan baik dengan B. B pun ada kawan baik iaitu C. Bila B n C keluar sama-sama, A nih takda teman dah nak kemana-mana or nak borak-borak or anything lah dengan dia. Suddenly, there's D. Someone who happened to be there. So this someone thought dia tuh kawan baik dengan A sebab A selalu carik dia, which D tak perasan sebenarnya A gunakan dia hanya untuk hilangkan boring, dapatkan perhatian sementara menunggu B ada balik dengan dia. Paham tak? (cuba paham)

Aku rasa aku dalam situasi D. You know, a person someone akan carik bila dia takda orang lain dah nak carik. Bila dia ada orang yang rapat dengan dia, aku nih hanya bayangan jer. It's weird tau. Sebab we used to share things. Cerita macam-macam. Kritik macam-macam. Tell stories about our everyday lives. Bagitau plans yang nak dibuat. Keluar pergi mana. Buat apa. I mean yelah, share things. Borak-borak just aboout everythings. Do catch-ups about our daily lives. Even kadang-kadang mention tengah keluar pergi mana just to show that we remember our friend. I mean, bukan lah nak kena bagi tau 24/7. But yeah, the thoughts you know. Like sending a text saying "Hey, im going to watch movies today. Awak buat apa hari nih? Have fun tau!" I mean weekends kan?? We usually ask our dearest ones things like that.

But then again, i am D. The one yang selalu tunggu that so call a DEAR friend to even text. I mean tengah-tengah SMS, tau-tau hilang. That's ok lagi. Maybe busy. Oh no no, dia pergi tengok movies. She's having fun out there leaving me waiting for her replies. Damn it i shouldn't have wait!

Things aren't the same. I dont know, maybe she's meeting her old friend, and whatnot. Who am i kidding here? I am no one compare to all of them. I am D! The left out.

Sedih ok. I think that things are getting worse. Makin hari aku rasa aku makin kehilangan kawan aku nih. Tiap kali aku tengok FB dia, dia hepi sangat dengan kawan-kawan dia yang dia baru jumpa balik. Dia hepi sangat dengan semua orang yang ada dengan dia. Tiap kali dia senyap, aku tau mana dia pergi. Carik kawan-kawan dia dekat FB. Kadang-kadang benda yang dah lama berlaku dekat dia, aku baru dapat tau, itu pun sebab aku tengok kawan-kawan dia dekat FB komen-komen dekat wall dia. Itu pun aku pendam and tak bertanya apa-apa sebab dia tak pernah sebut pun depan aku.

Well, if she's happy with them, I am fine with it. Just aku harap kalau dia baca entry aku nih, aku nak dia tau yang aku terasa hati sangat-sangat. Dia dah mula jauh. Aku terasa sangat dia makin jauh. Even kata-kata dia pun tak sama dah macam dulu. Maybe aku tak seperfect kawan-kawan dia yang lain. Aku perasan dia mula jauh dari aku bila kawan-kawan dia yang dulu mula muncul balik.

Just don't hurt me. I know you will find me whenever you have problems with your bestest friend. You know you can count on me. But at least, don't see thru me. Saya bukan seseorang yang boleh awak guna untuk hilangkan boring awak, legakan amarah awak. Saya bukan batu. Saya ada hati. Jangan ingat saya tak terasa sebab saya diam, tapi sebab awak tak mendengar betol-betol. Awak bukan macam dulu, awak dah tak boleh nak agak pun my gesture. Awak dah tak boleh nak agak pun bila saya kecik hati. Awak dah tak sensitif pasal perasaan saya. Awak bukan awak yang dulu. Saya rindu awak yang dulu.

Ok. Dah luah dah. Actually it's good to have a blog. Sebab dekat cnih lah aku boleh luah semua perkara, sampai aku abis cerita, tanpa ada yang mencelah atau menghakimi aku sebelum sempat tau the full story. I just need my friend back. The one who listen to me and give me pieces of words, the calming ones. Not the hurtful ones. Yeah, i miss the old you.

Selamat pagi semua. Selamat kembali ke weekdays :)

p/s: sedih sangat-sangat. :(

Friday, October 1, 2010

Kualiti Alam

Semalam pagi ktorg ada lawatan ke Kualiti Alam, which is dekat area PD sana.Takdalah PD, Seremban kot. Eh, entahlah.

Pagi-pagi semalam kan hujan lebat giler, bertolak pun lambat. Tapi nasib baik sampai tepat-tepat pukul 10am. Sebab program 10am sampai 12pm. Aku macam biasa, dah cakap kan, tido jer sepanjang perjalanan. Sedap lak tuh tido nya. Sempat mimpi lagik. Keh keh keh. :D

Well, aku explain sikit jer lah ye. Nak lebih info baca dekat website Kualiti Alam sendiri. Kualiti Alam (KA) nih adalah salah satu syarikat bawah UEM Group. Alah, siapa tak tau UEM tuh. Syarikat konglomerat besar dekat Malaysia nih. KA nih core business dia adalah pengurusan sisa berjadual. Haaaaaa, apa sisa berjadual?

Sisa berjadual nih ada banyak. Contoh paling senang aku boleh bagi lah, sisa toksik dari kilang-kilang. Ataupun bahan kimia berbahaya. Gituuuuuu. Dekat Malaysia nih, KA lah memonopoli business nih. KA jer ada lesen daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS). Tapi jangan lah ingat sebab dia jer memonopoli, duit masuk banyak. Tak ye. Nak uruskan sisa berjadual nih, KA kena keluarkan duit jugak tau. Selain tuh, KA jugak buat EMP (ala, ada aku cter benda yang aku buat LI dulu). Nak make sure, yang pada masa sama dorang uruskan sisa pepejal, alam sekitar tak terjejas.

Ktorang kurang bernasib baik sikit kali nih. Sebab semalam dorang ada event jamuan raya untuk lunch hour. So masa amat singkat lah. Plus, kotrg tak dapat nak masok treatment plant sebab kena seal. Ada waste TENORM baru masok. So tak boleh amik risiko lah bagi pelawat masok. So ktorg dapat dengar taklimat jer lah. Tapi banyak jugak info ktorg dapat. :)

Sebabkan tak dapat masok plant dia, amik dari dalam bas jer lah ye. Masa otw nak balik fakulti dah. Otw keluar dari KA facilities tuh.

nih lepas abes taklimat. baju kuning tuh En Hafiz pegawai dekat KA. yang lagi sorang my lecturer untuk subjek Solid and Toxic Waste Management. maaf kena blurkan gambar ye :)
En Hafiz tuh suka ulang perkataan "So basically" ngan "In a way"
serius aku tak fokus sangat sebab dok kira. eheheheeh :P

nun jauh di sana gambar treatment plant. aku tak sure which plant sebab banyak jenis plant dengan jenis waste yang berlainan.

another facilities dekat KA.

inilah tong sisa berjadual/ sisa toksik tau. 
selalu kan nampak tong macam nih illegally dumped dekat sungai?

banyak kannnnnnnnnnnnn? bayangkan semua nih dirawat and akan ditanam di landfill. 
perghhhhhhh.

nih adalah lori yang mengangkut semua sisa berjadual. 
nampak jer macam lori biasa. 
tak ok! lori nih sangat canggih. 
sangat-sangat canggih especially sistem GPS dia.
salute ok!

Aku lupa nak amik gambar jam besar dorang letak dekat facilities nih. Jam tuh akan tunjuk jumlah masa bekerja dekat KA nih tanpa sebarang kehilangan masa bekerja akibat kemalangan (LTI). Sekali jer ada LTI, kena reset balik jam tuh kepada default dia iaitu 20000 jam. Dorang dah capai 5 000 000 jam masa bekerja tau. Tapi terpaksa reset balik ke 20000 sebab ada kemalangan kecik jer. Tapi semalam tuh jam tuh dah lebih kurang dalam 39 000 jam dah. LTI nih terjadi bila ada pekerja amik MC sebab injury more than 3 days. KA nih beroperasi 24/7 tau. Shell dah 11 000 000 jam dah weyh~ hohohohh

Oklah. Tuh jer kot untuk field trip kali nih. Wah wah wahhh. Jumaat dah. Mesti suka semua orang nih. And mesti ramai berebut nak buat open house weekend nih sebab nak last Syawal dah. Tinggal seminggu jer :)

p/s: Berbunga-bunga hati semalam tau. :)

3 ke 4....

Fuhhhhhhh!! Penat ok!! Kaki rasa nak tercabut pun ada. Kalau macam nih gayanya tapi berat tak turun-turun, tak tau nak cakap apa dah. Macam biasa, aku buat auto-published jer sebab tengok macam lewat jer masa taip nih (10pm), so publish pagi nih jer lah. :)

Macam aku dah cakap semalam, petang nya balik dari field trip aku terus masok lab. Ngam-ngam ok pukul 2pm aku sampai depan lab. Mana tak nya, sampai fakulti kul 1.50pm gitu. Traffic jam sana sini jer bila masok KL dari highway. Tapi sedap jer tido dalam bas tak sedar-sedar sambil dengar MP3 *kan aku dah cakap*

Cerita field trip another post ok. Nih excited lebih nak cerita pasal tesis aku dulu. Dekat nak 4 jam ok aku dekat lab semalam. Macam buat kerja buruh kasar penatnya. Sampai kaki gigil-gigil sebab penat sangat. Aku sekarang kalau berjalan kaki sejam (bukan shopping ok, tapi berjalan dari satu tempat ke tempat len) pun aku dapat tahan. Belom nak penat mana lagi. Tapi tadi memang tahap penat tak ingat. Nasib baik ada shuttle van. Aku dah tak larat nak berjalan balik umah, eventhough tak sampai 10mins pun jalan kaki. Huhuhuhuhuhu.

Semalam aku tukar air dalam semua akuarium tuh. Korang tau lah kan, sangkar tempat letak akuarium tuh dekat luar, bukan dalam makmal. So kerja aku kena mengangkut akuarium tuh dari luar masok dalam makmal. Satu tangki ada 10 liter air, which is 10 kg. 10 kg benda solid adalah biasa jer, macam kau main boling lah. Tapi 10kg air yang bila diangkat airnya pun bergoyang dalam tuh, sangat berat ok!

Mula-mula aku angkat terus jer dari sangkar ke makmal. Rasa nak tercabut bahu aku. Berat giler. Kali kedua tuh baru aku teringat pasal troli. Cissskek! Bazir tenaga betol. Takpa-takpa, senaman tuh.

So, basically. Inilah kerja aku semalam (mana aku sempat amik gambar jer aku amik, kejar masa)

 basuh dulu tangki. air hijau giler ok. busuk betul bau spirulina tuh. sebab tuh aku beli makanan ikan yang baru. tapi tak boleh buang terus dalam singki air tuh. kena buang dalam waste punya tong. yang control jer boleh buang terus dalam singki.

lepas tuh sukat balik air. isi lagi air baru dalam akuarium tuh.

nih pulak aku tengah buat kira-kira untuk kepekatan kadmium yang patut aku letak dalam air.
yang kira macam apekenamamenda tuh aku buat sebab takut lupa kiraan air aku dah masukkan dalam tangki. tak boleh salah ohhh.

nih pulak masukkan anti-klorin dalam air tuh. nanti dari silinder penyukat nih direct terus masuk dalam akuarium lah.

yang nih pulak aku tengah amik larutan kadmium untuk masukkan dalam silinder penyukat.

nih lah kadmium tuh. yang aku guna untuk letak dalam lagi 2 akuarium tuh. racun nih ok. kena pakai glove sentiasa.

haaaaa. nih lah rupa bila air dah tukar. sedap jer mata memandang. ikan-ikan pun macam syok jer berenang-renang.

nih aku amik lepas bagi makan dorang ngan makanan baru.
gelojoh dorang makan. siap rebut-rebut and lompat-lompat.
seronok jer tengok.

Itulah antara kerja utama aku kat makmal semalam. kerja angkat akuarium, letak atas troli semua takdanya aku nak amik gambar. Aku sorang jer dekat lab. Even kerja nak pindahkan ikan, nak pindahkan air kadmium masok waste nya tong tuh semua aku tak amik. Nak bersihkan alat tiap kali pakai sebab takut ada cross contamination of kadmium. Banyak oh keja semalam. Gila apa nak amik gambar ada muka aku. Muka aku sangat selekeh ok! Seb baek sorang-sorang jer.

Lega! Selesai tugas berat. Since dah tukar makanan ikan, and makanan baru nih tak berbau pun tak macam makanan lama yang ada spirulina tuh (busuk giler!), aku harap air dia takdalah cepat keruh. Seminggu or 2 minggu sekali jer tukar. Penat ok kerja tukar air tuh. Huhuhuhuhu.

 Anyways, selamat pagi semua :)